Kedai Emas Nur Jannah

Shop

Penjagaan & Pembaikan Produk

1. Barang kemas terutama barang bawah 10g dan hollow (kosong) perlu dijaga dengan baik. Contoh, tidak digalakkan memakai barang kemas ketika melakukan aktiviti lasak seperti:

  • Bersukan
  • Bermandi manda
  • Mengemas rumah
  • Mencuci pinggan
  • Memasak
  • Dan lain-lain

 

2. Elakkan barang kemas daripada

  • Terhimpit
  • Tertarik
  • Tersangkut
  • Dan lain-lain

 

3. Tidak memakai barang kemas ketika melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan api atau bahan kimia seperti:

  • Minyak wangi
  • Lotion
  • Cecair pembasmi kuman
  • Sabun pencuci
  • Dan lain-lain

 

4. Menyimpan barang kemas dalam bekas khas (jewellery box) tanpa mencampurkan dengan barang-barang lain.

5. Kami menawarkan servis cuci barang kemas dan silver. Anda juga boleh mencuci barang kemas sendiri dengan menggunakan bahan pencuci tertentu dan berus yang lembut.

Penafian
Ketahanan barang kemas bergantung pada pemakai dan cara penggunaan.