Kedai Emas Nur Jannah

πŸ“² Nak tahu pilihan emas yang sesuai dengan bajet anda? Hubungi Kedai Emas NurJannah Kuala Pilah melalui WhatsApp.

Bayangkan nak pergi kerja, kereta anda rosak.

Atau tiba-tiba anak anda perlu mendapatkan rawatan.

Atau anda terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana sesuatu perkara yang tidak dijangka.

Dalam keadaan seperti ini, satu soalan penting akan muncul:

> β€œAku ada simpanan untuk kecemasan tak?” 😟


πŸ’° JADI, BOLEHKAH EMAS DIGUNAKAN KETIKA KECEMASAN?

> Boleh digunakan ketika kecemasan tidak semestinya bermaksud sesuai dijadikan dana kecemasan utama.

Untuk yang ada simpanan emas, kita perlu melaui proses menjual atau memajak untuk ditukar kepada tunai


πŸ’Ž JADI, APA PERANAN EMAS?

Emas boleh memainkan peranan sebagai simpanan tambahan, bergantung kepada keadaan kewangan dan matlamat seseorang.

Tahap 1 β€” Keperluan asas : Pastikan dahulu keperluan harian dan komitmen penting dapat ditangani.

Tahap 2 β€” Dana kecemasan : Bina simpanan yang mudah digunakan apabila berlaku perkara tidak dijangka.

Tahap 3 β€” Simpanan jangka panjang : Selepas asas kewangan lebih tersusun, seseorang boleh mempertimbangkan aset seperti emas mengikut kemampuan dan matlamat masing-masing.


πŸ€” BAGAIMANA JIKA SAYA SUDAH ADA EMAS?

Tidak perlu panik.

Mempunyai emas bukan bermaksud anda telah membuat keputusan yang salah.

Cuba lihat keseluruhan kedudukan kewangan anda dan perbaiki. Faham dahulu. Kemudian buat keputusan.


πŸ“² Nak tahu pilihan emas yang sesuai dengan bajet anda? Hubungi Kedai Emas NurJannah Kuala Pilah melalui WhatsApp.

Leave a Reply

Your email address will not be published.